Pengakhiran Hidup Paling Tragis Chris Watts Pembunuh Isteri Mengandung Dan Dua Anak Perempuannya
Masih ingat lagi tragedi paling tragis dan memilukan tentang keluarga Watts yang pernah menggemparkan dunia kira-kira dua tahun lalu?
Perbuatan kejam bertopengkan syaitan dilakukan oleh Chris Watts yang sanggup membunuh isterinya sendiri dan dua orang anak perempuannya pasti menjadi antara peristiwa yang paling sukar dilupakan.
Mengimbas kembali kejadian ngeri itu, peristiwa berkenaan berlaku di Frederick, Colorado pada 13 Ogos 2018 kira-kira 5.15 pagi. Empat jam sebelum pembunuhan itu, isteri Christ Watts iaitu Shanann Cathryn baru sahaja kembali dari lawatan kerja di Arizona dengan rakan sekerja bernama Nickole Utoft Atkinson.
Siapa menyangka, itu adalah hari terakhir bagi Shanann dan dua orang anak perempuannya, Bella Marie Watts (lahir 17 Disember 2013) dan Celeste Cathryn "CeCe" Watts (lahir 17 Julai 2015) hidup di dunia selepas dilaporkan hilang pada sebelah paginya.
Individu yang membuat laporan itu adalah rakan mendiang sendiri iaitu Atkinson selepas beliau berasa hairan dengan beberapa kali panggilan telefonnya tidak disambut selain Shanann turut terlepas temujanji wajib di klinik kesihatan.
Susulan laporan itu, siasatan lanjut toleh dibuat oleh pihak polis dan FBI dengan mengeledah rumah Chris Watts serta melakukan pencarian besar-besaran pada hari berikutnya, 14 Ogos 2018.
Chris Watts turut disoalsiasat namun tidak mengaku dan hanya memberitahu tidak mengetahui keberadaan Bella, Cece dan Shanann, isterinya yang ketika itu sedang mengandungkan anak ketiga berusia 15 minggu.
Namun selepas melakukan ujian poligraf, Chris Watts didapati gagal dalam ujian tersebut sehingga membawa kepada pengakuan sebenar beliau.
Tiga hari selepas kejadian tragis itu, mayat Shanann, Bella dan Cece akhirnya berjaya ditemui di sebuah tapak simpanan minyak milik Anadarko Petroleum iaitu bekas majikan Chris Watts.
Ekoran daripada penemuan itu, Chris Watts telah ditahan dan direman tanpa ikat jamin sebelum di hadapan ke Mahkamah untuk pembicaraan. Beliau yang sepatutnya boleh diikat jamin dengan nilai RM20 juta telah dilucutkan haknya oleh pihak Mahkamah.
Mengikut undang-undang, Chris Watts sepatutnya menjalani hukuman mati namun hanya menjalani penjara selama 84 tahun sebagai hukuman ganti selepas ahli keluarga mending Shanann memohon untuk tidak mengenakan hukuman mati kepadanya bagi mengelak lebih ramai nyawa terkorban.
Walaupun Chris Watts hanya menjalani penjara selama 84 tahun, namun kehidupan beliau di penjara begitu tragis sekali. Mengikut laporan, Chris Watss dihina, diludah dan dicemu setiap hari oleh banduan-banduan lain sehingga membuatkan hidup Chris Watts amat terseksa.
Malah Chris Watts beberapa kali cuba dan ingin membunuh diri, dan tidak tahan lagi untuk hidup namun dihalang. Hidup beliau yang teramat seksa di penjara tanpa pengakhiran merupakan hukuman yang lebih kejam daripada hukuman mati semata-mata.
No comments: