Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

'Tak timbul isu kita takut mati' - Dr Noor Hisham

'Tak timbul isu kita takut mati' - Dr Noor Hisham

'Tak timbul isu kita takut mati' - Dr Noor Hisham

Tidak timbul isu kita takut mati. Sebagai orang Islam terima kematian bila-bila dan di mana pun boleh berlaku, bukan soal turun padang atau tidak - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
'Tak timbul isu kita takut mati' - Dr Noor Hisham

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati', sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya kami kembali,"

I tu jawapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memetik firman Allah SWT ayat 185 dalam surah Al-Imran bagi menjawab tuduhan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) yang mendakwa beliau takut mati dan tidak 'turun padang' ke Sabah.

 



Dr Noor Hisham berkata, sebagai orang Islam beliau menerima kematian itu di mana-mana sahaja, dan berlaku bukan hanya ketika 'turun padang' (merujuk Sabah) atau tidak.

 



"Jadi, apa yang penting ialah kita pasangkan niat untuk melaksanakan tugas kita dan niat kita ialah untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara kita.

"Ini ialah tujuan utama. Kita boleh selisih pendapat tetapi yang pasti apa kita laksanakan ialah untuk memutuskan jangkitan Covid-19 supaya kita dapat selamatkan negara kita daripada peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan kadar kematian," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

 


Beliau turut menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membuat perancangan yang khusus untuk Sabah.

"Saya sendiri sudah pun 'turun padang' (ke Sabah) pada akhir Ogos lalu bagi melihat kepada pengurusan dan kesiapsiagaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah," katanya.

Malah, katanya, beliau juga mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong untuk turun ke Sabah minggu lalu bagi meninjau keadaan di negeri itu.

Beliau berkata, dua minggu lalu Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood turut ke Sabah.

"Beliau melihat tindakan KKM iaitu pengurusan Covid-19 dan isu-isu yang timbul di Sabah. Jadi tidak timbul isu yang kita takut mati," katanya.

 


Terdahulu, berlaku kekecohan di sidang Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen GPS-Bintulu, King Sing menuduh Dr Noor Hisham takut mati.

"DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi 'Office Boy' (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang... Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemik Covid-19.


"Kenapa dia tidak melawat setiap hospital, berbincang dan beri sokongan kepada frontliners. Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (mereka) tidak takut mati, tapi DG takut mati," katanya dipetik.



rePublish Update Berita Malaysia'Tak timbul isu kita takut mati' - Dr Noor Hisham Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
'Tak timbul isu kita takut mati' - Dr Noor Hisham Reviewed by malaysiaisme on 11:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.