Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kisah Sadis Donald Trump Yang Begitu Takut Dengan Isteri Sendiri


Seperti yang kita sedia maklum, jawatan Presiden Amerika Syarikat merupakan jawatan yang paling berkuasa di dunia. Dengan pengaruh Amerika sebagai polis dunia, jawatan ini pastinya diidam-idamkan oleh rakyat Amerika Syarikat.

Tapi, walau macam mana sekali pun berkuasanya sang presiden itu, ada seorang yang presiden itu tak mampu untuk mengawal dan cukup takut, iaitu isterinya sendiri.

Ya, Presiden Amerika Syarikat juga merupakan seorang ahli PERTABI.

Menurut Mary Jordan, seorang penulis buku prolifik di Amerika Syarikat, Melania Trump merupakan orang yang paling berkuasa di White House. Semasa Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Melania Trump tidak menangis sebagaimana isteri-isteri presiden sebelumnya. Riak wajahnya juga seakan tiada perasaan semasa upacara tersebut.


Malah, Melania juga melengah-lengahkan urusan untuk berpindah ke Rumah Putih kerana perjanjian di antara Melania dan Trump tidak dipenuhi.

Mary juga ditanya adakah Trump sememangnya seorang yang takut terhadap isterinya?

Mary menjawab kemungkinan besar ada kerana Melania mempunyai kepakaran yang orang lain tidak tahu untuk mengawal Trump.

Pada hari-hari awal menetap di Rumah Putih, Melania tidak tidur di kamar utama selama beberapa hari.

Pernah pada satu hari, Melenia sendiri menjadi jurucakap Trump semasa mereka bertemu dengan Presiden Putin di Helsinki, Finland.


Semasa di Rumah Putih juga, Melania lebih banyak meluangkan masa bersama-sama ibu bapa dan anaknya. Malah, Melania juga sering berkomunikasi menggunakan bahasa Slovenia ketika meluangkan masa bersama mereka.

Mengapa Trump seakan-akan tidak mahu mengambil tindakan terhadap isterinya? Ini mungkin setelah Melania mendapat tahu mengenai hubungan rahsia di antara Donald Trump dan seorang model, Stormy Daniels sekitar 2016.



Pada tahun 2016, Ava Johnson menfailkan saman terhadap Trump setelah beliau mendakwa beliau dipaksa untuk bercium dengan Trump semasa berkempen untuk Pilihanraya Presiden 2016.

Jadi, ingatlah kepada semua ketua-ketua. Anda mungkin berkuasa di luar, tapi di rumah ada yang lebih berkuasa menanti.

Sumber: The Patriots


Kisah Sadis Donald Trump Yang Begitu Takut Dengan Isteri Sendiri originally from Vidic

Kisah Sadis Donald Trump Yang Begitu Takut Dengan Isteri Sendiri Reviewed by malaysiaisme on 10:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.