Bencana Alam Kacau Bilau Di Lebuhraya Pasir Gudang.
JOHOR BAHRU: Stuktur bumbung jejentas yang merintangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kemboja runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta dan sebuah lori, menyebabkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.
Kejadian pada jam 4:30 petang itu menyebabkan lalu lintas berkenaan terhalang.
Menurut kenyataan itu, "Lima orang cedera iaitu dua lelaki dan tiga wanita, lelaki yang cederah itu adalah pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandukereta berusia 30-an,"
Terdahulu, seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru memaklumkan pemandu lori itu yang cedera itu kini dirawat di hospital Sultanah Aminah (HSA)
Katanya, pemandu lori itu tersepit di tempat duduknya, berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.
Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 buah rumah di Taman Kobena turut diterbangkan ribut yang kencang.
Bencana Alam Kacau Bilau Di Lebuhraya Pasir Gudang. originally from Berita Jalanan Online
Bencana Alam Kacau Bilau Di Lebuhraya Pasir Gudang.
Reviewed by malaysiaisme
on
12:34 AM
Rating:
No comments: