Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pelumba Kereta MautTertusuk Besi Penghadang..




Kuala Lumpur: Seorang pelumba kereta warga Singapura dan rakannya maut selepas kereta Porsche 911 Turbo yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan kilometer 3.8 Lebuhraya Kuala Lumpur, Seremban berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, di sini semalam.



Difahamkan, kereta Porsche 911 Turbo itu berharga lebih RM800,000. Pemandu kereta Kwek Kon Chun, 35, sering menyertai kejohanan lumba kereta di Supercar Drag Race dan Siri Jelajah Perlumbaan Endurance di seluruh negara.



Dalam kejadain 2.45 pagi , semalam Jurufoto profesional, Franco Toh 43, berkata Kwek dan rakannya maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala, muka dan badan.



Kwek yang juga bekas Naib Presiden Pengurusan Koporat Hong Leong Asia Ltd dipercayai berada di negara ini untuk menyertai pusingan ke-lima Siri Jelajah Supercar Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.



Pegawai siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintedan S Markhandan berkata, kereta itu dipercayai dipandu laju menyebabkan ia terbabas melanggar besi pembahagi jalan di tengah lebbuh raya, katanya.



Menurutnya, besi sepanjang dua miter itu kemudian tertusuk pada cermin kiri sebelum menembusi bahagian depan dan cermin kanan, mengakibatkan kedua-dua mangsa terepit di tempat duduk.



Pasukan Bomba Dan Penyelamat mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan kedua-dua mayat mangsa. Kemudian mmangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.- HMetro.










Pelumba Kereta MautTertusuk Besi Penghadang.. originally from Berita Jalanan Online


Pelumba Kereta MautTertusuk Besi Penghadang.. Reviewed by malaysiaisme on 3:27 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.