Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Cinta Lokasi Marian Rivera dan Dingdong Dantes Berakhir di Gerbang Perkahwinan


HUBUNGAN yang terjalin ketika menjalani penggambaran filem atau drama bukanlah satu benda baharu dalam industri hiburan.

Baik daripada selebriti dalam mahupun luar negara, malah ada yang kekal bahagia sehingga ke alam perkahwinan.

Yang terbaharu, pelakon popular dari Filipina, Marian Rivera dan Dingdong Dantes telah pun sah bergelar pasangan suami isteri selepas hampir lima tahun berkenalan di lokasi penggambaran telenovela Marimar pada 2007.

Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan perkahwinan mereka di Immaculate Concepcion Cathedral, Quezon, baru-baru ini.

Selepas Marimar, pasangan serasi itu sekali lagi digandingkan dalam beberapa siri televisyen lain termasuklah telenovela Dyesyebel pada 2008.

Pada majlis resepsi mereka, kek pasangan tersebut telah diiktiraf sebagai kek perkahwinan paling besar di dunia.


Rekod kek yang dibina secara tiga dimensi (3D) dengan ketinggian 3.6 meter itu memerlukan lebih daripada 10 orang lelaki dewasa untuk mengangkatnya. -MYNEWSHUB.CC



















Cinta Lokasi Marian Rivera dan Dingdong Dantes Berakhir di Gerbang Perkahwinan originally from kisah kita


Cinta Lokasi Marian Rivera dan Dingdong Dantes Berakhir di Gerbang Perkahwinan Reviewed by malaysiaisme on 1:52 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.