Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

TERKINI: UMT dan UnisZa Cuti Darurat Akibat Dilanda Banjir


9 Gambar banjir) UMT, UniSZA Isytihar cuti




Pintu hadapan UMT Gong Badak.


KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengisytiharkan cuti bencana hari ini berikutan pusat pengajian tinggi itu dilanda banjir.



UMT mengumumkan hari ini sebagai cuti sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian manakala UniSZA mengumumkan semalam dan hari ini sebagai cuti darurat.


Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim.





Kawasan kedua-dua universiti berkenaan dinaiki air sehingga kira-kira 0.4 meter.


Prof Dr Ibrahim yang mengumumkan cuti berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi ini berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti di pintu masuk UMT dan beberapa bahagian sepanjang jalan.




“Kita tidak dapat memasuki kampus dan saya mencadangkan kita ‘cuti peristiwa’ pada pagi ini hingga diberitahu kelak.




“Dalam pada itu, saya turut menasihatkan warga UMT supaya duduk di rumah (jika masih selamat), menguruskan keselamatan keluarga dan harta benda dengan sebaik mungkin,” katanya.




UMT mempunyai seramai 8,383 pelajar dan 1,500 kakitangan. -Berita Harian





Jalan Kubang Puyu, Pengkalan Berangan Marang.








Jalan Batu 5 di hadapan Sekolah Vokasional Dungun.








Kampung Darat Batu Rakit.









Depan UMT.



SUMBER - TERENGGANUTIMES







TERKINI: UMT dan UnisZa Cuti Darurat Akibat Dilanda Banjir originally from kisah kita


TERKINI: UMT dan UnisZa Cuti Darurat Akibat Dilanda Banjir Reviewed by malaysiaisme on 1:23 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.