Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Foto terkini Diana Amir di cerun gunung mengejutkan

Kami ni memang menghidapi Akrofobia. Tak tahu apa tu Akrofobia? Akrofobia itu adalah perasaan perasaan takut seseorang dengan tempat tinggi.



Jadi, bila tengok foto Diana Amir yang berdiri di tepi tebing Kalamunda setinggi 300 meter bersamaan 980 kaki atas paras laut ini, automatik jadi gerun.



Beraninya Diana. Dahlah dia sekarang ni sedang mengandung 5 bulan. Buatnya terjatuh ke dalam gaung, tak ke cari nahas namanya?



Tapi, kami pasti Diana berada dalam pengawasan penuh suaminya, Mohd Habibbullah semasa melakukan posing maut tu. Buat pengetahuan semua, Diana dan suaminya kini sedang bercuti di Australia.



Menerusi foto-foto yang dimuat naik, mereka turut mengunjungi beberapa tempat menarik di sana seperti Penguin Island dan Kings Park.



Takpelah Diana. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk bercuti puas-puas. Nanti dah bersalin dan menjalani tempoh berpantang, memang tak dapatlah nak jalan jauh-jauh.


















Foto terkini Diana Amir di cerun gunung mengejutkan originally from PORUMAN


Foto terkini Diana Amir di cerun gunung mengejutkan Reviewed by malaysiaisme on 9:01 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.