Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Sebab utama personaliti terkenal tinggalkan TV3 secara beramai-ramai

Antarapos diberitahu, pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).



Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.



Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.



Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.



Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.






Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu.



Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.



Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.



Sumber : Cantikje







Sebab utama personaliti terkenal tinggalkan TV3 secara beramai-ramai originally from PORUMAN


Sebab utama personaliti terkenal tinggalkan TV3 secara beramai-ramai Reviewed by malaysiaisme on 7:23 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.