Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

VIDEO:KUMPULAN LELAKI UGUT BOM MAKHAMAH MALAYSIA TERSEBAR





Kuala Lumpur – Sebuah video berdurasi 1:01 minit oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah dimuatnaik semalam.



Di dalam rakaman tersebut mereka turut memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Februari 2015 pada jam 11.30 malam.



“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.



“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.







Berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam turut memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.



“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.



Ia disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.



Dalam keterangan video itu,empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.


kredit: utaranews



VIDEO:KUMPULAN LELAKI UGUT BOM MAKHAMAH MALAYSIA TERSEBAR originally from kisah kita


VIDEO:KUMPULAN LELAKI UGUT BOM MAKHAMAH MALAYSIA TERSEBAR Reviewed by malaysiaisme on 1:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.