Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Anggota Parlimen saran Pati wanita dibenar jadi pembantu rumah

Anggota Parlimen saran Pati wanita dibenar jadi pembantu rumah

Anggota Parlimen saran Pati wanita dibenar jadi pembantu rumah

Kerajaan dicadang membuka ruang kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) wanita yang sudah berada di negara ini, diambil bekerja sebagai pembantu rumah bagi mengatasi masalah kebanjiran golongan itu.

Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) berkata langkah itu juga dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan pembantu rumah yang mendapat permintaan tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan negara.

"Benarkan mereka ini diambil secara terus, tidak melalui ejen dan lain-lain pembayaran boleh dibuat terus kepada kerajaan dan sekali gus kita dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah pendatang asing tanpa izin.

"Dengan cara ini, mereka akan menjadi pendatang asing dengan izin di negara ini dan mereka ada majikan yang bertanggungjawab ke atas mereka," katanya semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata kaedah itu akan menguntungkan kerajaan dan majikan yang tidak perlu menanggung kos-kos tertentu dalam proses pengambilan pembantu rumah.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mendokumenkan golongan itu agar mereka dapat bekerja secara sah di negara ini dan tidak perlu lagi bersusah payah membawa masuk pembantu rumah dari luar negara.

"Kita tidak minta mereka dijadikan penduduk tetap atau rakyat, kita cuma minta didokumenkan kehadiran mereka ini...mereka ada dokumen pengenalan diri dan kerajaan boleh membina pangkalan data pendatang asing tanpa izin ini dan menghalalkan kehadiran mereka," katanya.

Persidangan dewan bersambung hari ini. – Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaAnggota Parlimen saran Pati wanita dibenar jadi pembantu rumah Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Anggota Parlimen saran Pati wanita dibenar jadi pembantu rumah Reviewed by malaysiaisme on 8:26 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.