PETRONAS mungkin kurangkan 51,000 kakitangan
PETRONAS mungkin kurangkan 51,000 kakitangan
PETALING JAYA: PETRONAS berkemungkinan akan mengurangkan seramai 51,000 kakitangan sebagai salah satu kaedahnya berhadapan dengan realiti harga minyak mentah dunia yang rendah, lapor Malaysia Reserve.
Sumber memberitahu, pengurusan PETRONAS sedang menimbang untuk melaksanakan skim pemberhentian sukarela (VSS) kepada kakitangan syarikat minyak negara itu.
Selasa lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, PETRONAS merancang untuk mengurangkan perbelanjaan operasi dan modal sebanyak RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
PETRONAS yang menyumbang hampir separuh daripada hasil minyak Malaysia, akan menangguhkan pelaburan dalam beberapa projek, lapor WSJ berdasarkan memo dalaman oleh Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Syarikat minyak negara terkesan dengan kejatuhan harga minyak dunia, yang mana jatuh ke paras terendah sejak tahun 2003 pada Isnin lalu.
Harga minyak mentah dunia jatuh lebih 70% dalam tempoh 18 bulan lalu dan pada masa sama pengeksport minyak seluruh dunia terus mengeluarkan minyak melebihi sejuta tong sehari dalam pasaran.Feb tahun lalu, PETRONAS dilaporkan merancang untuk mengurangkan perbelanjaan modal sebanyak 10% dan perbelanjaan operasi sehingga 30% pada tahun 2015.
PETRONAS juga dilaporkan akan mengurangkan perbelanjaan modal sebanyak 15% pada tahun 2016.
– Reuters
rePublish Berita Terkini MalaysiaPETRONAS mungkin kurangkan 51,000 kakitangan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
PETRONAS mungkin kurangkan 51,000 kakitangan
Reviewed by malaysiaisme
on
8:08 AM
Rating:
No comments: