Begini caranya kami belanjakan RM42 bilion, kata presiden 1MDB

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan hutang bernilai RM42 bilion digunakan untuk membeli penjana kuasa bebas (IPP), tanah dan dana pelaburan di Brazen Sky serta Aabar Investment.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan berkata, terdapat banyak spekulasi ke atas penggunaan wang RM42 bilion yang dibangkitkan terhadap syarikat pelaburan negara itu khususnya RM27 bilion yang didakwa hilang atau lesap.
"Kami menyediakan ringkasan mengenai ke mana hutang RM42 bilion digunakan, maklumat yang didedahkan sepenuhnya ini sudah diaudit dan diumumkan kepada umum membabitkan akaun dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.
"Kami percaya penjelasan ini akan memperjelaskan segala kekeliruan mengenai perkara ini," kata Arul dalam satu kenyataan hari ini.
Berdasarkan carta disertakan bersama kenyataan rasmi Arul, RM18 bilion sudah dibelanjakan untuk pembelian IPP manakala RM15.4 bilion dilaburkan ke dalam dana saham seperti Brazen Sky dan Aabar Investments.
Selepas mengambil kira sebanyak RM5.8 bilion dalam perbelanjaan wang dan RM1.7 bilion dalam kos tanah, 1MDB sekarang mempunya RM900 juta lebihan tunai.
Daripada RM18 bilion yang dibelanjakan untuk sektor IPP, RM8.5 bilion dibelanjakan untuk pembelian Powertek, RM2.3 bilion bagi Loji Kuasa Kuala Langat, RM1.2 bilion bagi loji kuasa Jimah dan 1MDB menanggung sejumlah RM6 bilion hutang sedia ada.
1MDB juga membayar sebanyak RM6.1 bilion bagi pelaburannya dalam saham Brazen Sky, RM4.2 bilion dana pelaburan Aabar Investment dan RM5.1 bilion lagi kepada 1MDB Gil Fund.
1MDB membayar RM200 juta untuk pemilikan tanah TRX, RM400 juta bagi pembangunan Bandar Malaysia dan RM1.1 bilion lagi untuk pembelian sebidang tanah di Air Itam, Pulau Pinang.
Kira-kira RM4.5 bilion dibelanjakan untuk menanggung kos pentadbiran dan gaji pekerja, RM900 juta untuk kos pertukaran asing manakala RM400 juta lagi digunakan membayar cukai.
Kritikan semakin memuncak terhadap syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu yang ditubuhkan pada 2009 apabila mencatatkan hutang sehingga RM42 bilion dan disokong Putrajaya.
Jabatan Audit Negara kini sedang memeriksa buku kira-kira 1MDB, dengan laporan awal dijangka dikemukakan kepada Parlimen pada bulan Jun ini, manakala PAC mula melakukan siasatan ke atas syarikat itu pada 19 Mei lepas.
Arul gagal menghadiri siasatan bersama PAC Selasa lepas dan kemudian menjelaskan bahawa beliau berada di luar negara ketika itu.
Beliau berkata beliau tidak dapat menghadiri sesi pendengaran siasatan kerana beliau hanya menerima notis daripada Kementerian Kewangan pada 21 Mei lepas. - TMI

rePublish Berita Terkini MalaysiaBegini caranya kami belanjakan RM42 bilion, kata presiden 1MDB Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Begini caranya kami belanjakan RM42 bilion, kata presiden 1MDB
Reviewed by malaysiaisme
on
11:05 AM
Rating:
No comments: