Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Hajat Tauke jadikan arwah Pak Yus pengapit di Hari Pernikahannya tidak kesampaian

Pelawak Tauke akui terkilan selepas hajatnya untuk menjadikan Allahyarham Pak Yus sebagai pengapit untuk pihak lelaki di majlis perkahwinannya tidak kesampaian.

Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri bin Zakaria, hajatnya itu pernah disampaikan sendiri olehnya kepada Allahyarham Pak Yus sebelum ini.

“Saya terkilan apabila hajat untuk lihat Allahyarham Pak Yus untuk jadi pengapit di majlis perkahwinan saya nanti tidak kesampaian. Memang saya ada beritahu dia mengenai perkara ini beberapa bulan yang lalu.

“Tapi Allah SWT lebih sayangkan dia dan saya redha dengan pemergian dia,"
katanya kepada Astro Gempak.

Tauke yang mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nadia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Disember tahun hadapan.

“InsyaAllah saya dan pihak perempuan merancang untuk mengadakan majlis persandingan kami pada bulan Disember tahun depan. Setelah empat tahun berkawan, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.


Dalam pada itu Tauke sempat berkongsi kenangan terakhirnya bersama Allahyarham Pak Yus ketika menjayakan program Juara Parodi baru-baru ini.

“Apa yang saya perasan sebelum pemergian Allahyarham Pak Yus, dia sedikit hiperaktif dan sering kali ajak saya bergambar atau rakam video untuk dimuat naik ke media sosial. Pada awalnya saya tak berapa nak perasan perkara tersebut, tapi bila ingatkan balik baru saya faham.

“Lebih mengejutkan, minggu terakhir dia menyertai Juara Parodi, saya dan Misha Omar akan terkejut apabila Allahyarham mampu hafal kesemua lirik lagu yang kami bawakan. Sebab sebelum ini dia tidak berapa hafal sangat lirik lagu.

“Saya bertambah sayu apabila dia mengaku mengapa dia hafal semua lirik kerana tidak mahu kecewakan kumpulan kami,”
ujar Tauke.

Tambahnya lagi, pemergian Allahyarham Pak Yus memberi impak besar buat dirinya selain turut memberi hikmah kepada rakan pelawak yang lain.

“Hati saya memang sebak dan tak mampu nak sorok kesedihan. Tapi saya tidak mahu terus jadi begini dan perlu berfikiran positif.

"Apa yang salah lihat, sejak ketiadaan Allahyarham Pak Yus, hubungan kami antara rakan-rakan pelawak yang lain semakin akrab dan saling ambil berat antara satu sama lain,”
jelasnya lagi.

Tauke turut tidak merancang untuk membubarkan kumpulan Jambu dan akan hanya bergerak secara solo selepas ini.

“Saya tidak merancang untuk membubarkan kumpulan Jambu walaupun kini saya hanya bergerak sendiri. Tetapi Insya Allah jika saya menyertai program-program besar seperti Maharaja Lawak Mega, mungkin saya akan tampil dengan ahli dan nama kumpulan yang baharu,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Astroawani


Hajat Tauke jadikan arwah Pak Yus pengapit di Hari Pernikahannya tidak kesampaian originally from Dalam Kasih

Hajat Tauke jadikan arwah Pak Yus pengapit di Hari Pernikahannya tidak kesampaian Reviewed by malaysiaisme on 9:09 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.