Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Bekas EXCO sahkan DAP, PKR rancang PasMa gantikan Pas

Bekas EXCO sahkan DAP, PKR rancang PasMa gantikan Pas

Bekas EXCO sahkan DAP, PKR rancang PasMa gantikan Pas

PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang merancang untuk menjadikan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai sebuah parti parti politik bagi menggantikan Pas.
Pengakuan itu dibuat oleh bekas EXCO Selangor dari DAP, Ronnie Liu, menerusi statusnya di Facebook.
Dia mengharapkan bekas Timbalan Presiden Pas yang gagal mempertahankan jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan pemimpin Pas lain yang kalah supaya meninggalkan Pas dan menjadikan PasMA sebuah parti politik seperti dirancang.

Bekas EXCO Kerajaan Tempatan selama sepenggal itu, berkata, gabungan DAP, PKR dan Pasma akan memberi nafas baharu kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Mudah2an Mat Sabu dan rakan2 akan keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang. Pkr + dap + pasma....satu pakatan rakyat yg baru, dengan nafas yg baru," tulisnya.

Menerusi komen-komen terhadap status itu, Liu percaya pemimpin DAP dan PKR akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat untuk membincangkan masa depan PR tanpa Pas.

Kekalahan teruk pemimpin Pas pro liberal memberi tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang bimbang Pas akan meninggalkan PR. - FMT

rePublish Berita Terkini MalaysiaBekas EXCO sahkan DAP, PKR rancang PasMa gantikan Pas Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Bekas EXCO sahkan DAP, PKR rancang PasMa gantikan Pas Reviewed by malaysiaisme on 1:20 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.