Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh

Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh

Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh

KUALA LUMPUR - Suasana di luar bilik Seroja bertukar menjadi tegang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar menuju ke dewan Tun Hussien Onn.



Puluhan media yang menunggu di hadapan bilik tersebut berasak bersama-sama dengan penyokong mantan Perdana Menteri itu yang turut mengiringi ke dewan dialog.

Penyokong itu melaungkan 'Hidup Tun' manakala Dr Mahathir hanya senyum ke arah media tanpa memberi sebarang kenyataan.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam  dewan dan pintu dikunci sejurus kemasukan Dr Mahathir pada jam 10.20 pagi.

Sebelum itu, Pengerusi Sukaguam yang menjadi penganjur program ini, Datuk Khairul Anwar berkata, beliau akan menemui media untuk menyatakan status dialog ini.

"Saya masuk jumpa Tun dahulu, kemudian akan bercakap," katanya ringkas.

Kelibat Datuk Seri Najib Razak masih tidak kelihatan.

Mengikut jadual, Perdana Menteri dijadualkan tiba pada jam 9 pagi. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaDialog PM bersama NGO bertukar kecoh Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh Reviewed by malaysiaisme on 11:38 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.