Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Ikan timbul cetus tanda tanya

Ikan timbul cetus tanda tanya

Ikan timbul cetus tanda tanya


DUNGUN - Dalam tempoh dua hari dianggarkan lebih 1,000 kilogram (kg) ikan sungai ditangkap penduduk Kampung Delong di sini, apabila berlaku fenomena ikan timbul dalam jumlah yang banyak.



Fenomena itu menggembirakan penduduk kerana mereka dapat menangkap ikan dengan mudah tetapi perasaan bimbang lebih menghantui kerana punca air mungkin tercemar sehingga menyebabkan hidupan sungai mulai timbul dan kelihatan seperti 'mabuk', malah sebilangan kecil ikan telah mati.
Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku hujan lebat pada Rabu dan Khamis, tetapi pada Jumaat keadaan air sungai menjadi sangat jernih sedangkan sepatutnya air akan keruh selepas hujan.
Nelayan sungai, Tengku Amri Tengku Hamid, 43, berkata, kejadian seperti itu pernah berlaku tetapi pada tahun 70an.
Menurutnya, sejak Jumaat ikan kelihatan 'mabuk' dan timbul di permukaan air.
“Penduduk pelik sebab air terlampau jernih sedangkan situasi itu tak wajar berlaku selepas hujan lebat.
“Apabila ikan timbul ramai penduduk ambil peluang menangkap ikan terutama menggunakan jala.
“Lebih kurang 30 hingga 40 penduduk turun ke sungai untuk menangkap ikan dan hasilnya memang amat memberangsangkan,” katanya.
Menurutnya, sekali menjala, ikan yang dapat ditangkap boleh mencecah sehingga 30kg.
“Bila kita jala semula, ikan yang dapat tak berkurangan. Kita gembira bila dapat banyak ikan tapi berasa lebih bimbang kerana ikan mungkin akan berkurangan apabila anak-anak ikan pupus disebabkan fenomena ini.
“Selepas ini kami nelayan sungai mungkin ditimpa kesusahan dan punca rezeki terjejas serta lebih membimbangkan sekiranya sungai ini tercemar,” katanya.
Manakala, Che Wan Syahrin Che Wan Mazlan, 23, berkata, sepanjang dia menjadi nelayan, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku.
“Sepanjang dua hari saya dapat kumpul lebih kurang 150kg ikan pelbagai jenis termasuk lampam, temperas, seluan dan pelbagai lagi.
“Ikan yang dapat sebahagiannya kami jual, dibahagikan kepada saudara-mara dan penduduk,” katanya.
Katanya, penduduk di sini tidak takut untuk makan ikan yang ditangkap walaupun mungkin ia berbahaya, tetapi orang luar memang akan risau,” katanya.


Penternak ikan sangkar resah
Manakala, penternak ikan sangkar, Rosdi Abd Rahman, 50, berkata, fenomena itu menimbulkan keresahan kepadanya kerana ternakannya mungkin turut menjadi mangsa.
“Saya mula menjalankan perusahaan ikan sangkar secara kecil-kecilan sejak dua tahun lalu dan bila berlaku kejadian seperti ini memang kita bimbang.
“Diharapkan perkara ini tidak berterusan kerana kita bimbang perkara buruk akan terjadi,” katanya.
Dakwa Rosdi, ikan talapia yang diternaknya kelihatan tidak aktif dan terdapat dua tiga ekor sudah mati.
“Difahamkan di kampung berhampiran juga alami masalah yang sama dan saya sudah bertanya masalah ini kepada pihak loji bekalan air di Jerangau Sungai tetapi mereka menafikan ada memasukkan klorin atau tawas.” katanya


Mungkin disebabkan tawas atau kapur barus

Ketua Kampung Delong, Tengku Rosdi Tengku Hamzah berkata, beliau sedang berusaha memaklumkan kejadian itu kepada pihak berwajib supaya tindakan segera dapat diambil.
“Apa yang penting kita nak tahu sama ada ikan-ikan itu bahaya atau tidak untuk dimakan.
“Berdasarkan pengalaman, sekiranya air mengandungi racun, ikan yang mati akan pecah perut tetapi kali ini tidak seperti itu kerana ikan dalam keadaan baik.
“Saya akan buat aduan kepada pejabat kesihatan daerah supaya mereka dapat ambil sampel air untuk dibuat uji kaji. Pihak berkaitan yang lain juga diharapkan dapat turun padang.
“Kita tidak menolak kemungkinan perkara ini berlaku kerana ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan tawas atau kapur barus bagi tujuan menangkap ikan,” katanya.


Orang awam dinasihat supaya hati-hati

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, walaupun keputusan belum diperoleh, beliau menasihatkan orang awam agar berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diduga.
“Fenomena ikan timbul ini disebabkan banyak faktor yang kita sendiri tidak boleh tentukan. Ada kes yang disebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin yang menyebabkan air bertukar kepada warna merah.
“Namun biasanya, dalam kalangan nelayan, mereka tidak tangkap atau makan ikan yang telah mati dalam kes-kes yang sebelum ini,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau tidak boleh mengesahkan sama ada akan berlaku keracunan sekiranya ikan itu dimakan kerana ia masih di peringkat kajian.
“Disebabkan sampel air sungai bagi kes ini telah dihantar ke jabatan kimia, kita perlu tunggu kenyataan rasmi daripada pihak mereka,” katanya.
Fenomena ikan timbul itu adalah pertama kali berlaku dalam tempoh lima bulan tahun ini di mana sebelum ini pernah berlaku di sungai Kampung Belukar Sukai, Kepong Mac tahun lalu. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaIkan timbul cetus tanda tanya Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Ikan timbul cetus tanda tanya Reviewed by malaysiaisme on 7:35 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.