Mat Sabu tekan kerjasama dalam parti, bukan kritik Hadi, tegas Khalid

Selepas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempertahankan ucapan Mohamad Sabu Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Abdul Samad pula tampil melakukan perkara yang sama, lapor Sinar Harian hari ini.
Khalid berkata, ucapan timbalan presiden parti yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu, merupakan satu penegasan mengenai pentingnya kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mahu menang.
Ia bukan satu kritikan, katanya yang sependapat dengan kenyataan yang dibuat Mat Sabu itu, yang selama ini PAS tidak boleh menang apabila bersendirian.
"Oleh itu, saya tidak lihat itu sebagai satu kritikan, tetapi sebagai menegaskan perlunya kerjasama di antara parti.
"Apa yang Mohamad tekankan ialah kerjasama dengan PR kalau mahu menang," katanya kepada akhbar itu.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menegaskan, Mat Sabu pada ucapannya itu sebaliknya memuji Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hebat dari segi ceramah, walaupun masih tidak mampu membawa kemenangan tanpa kerjasama dalam parti.
"Kelantan menang pun dengan kerjasama dengan Semangat 46. Manakala PAS menang di Terengganu dengan kerjasama PKR.
"PAS tidak cukup kuat seorang diri walaupun dengan pemimpin hebat macam Hadi," katanya mengulas ucapan yang dibuat Mat Sabu di Tumpat, Kelantan pada satu ceramah isu semasa.
Mat Sabu dilaporkan dalam ucapannya mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar PR.
"Pidatonya (Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila, kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari bila Tok Guru Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada BN).
"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya, kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah itu.
Turut hadir ketika itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan PAS nanti.
Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membawa PAS keluar daripada PR jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha parti Islam itu melaksanakan hudud di Kelantan. - TMI

rePublish Berita Terkini MalaysiaMat Sabu tekan kerjasama dalam parti, bukan kritik Hadi, tegas Khalid Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Mat Sabu tekan kerjasama dalam parti, bukan kritik Hadi, tegas Khalid
Reviewed by malaysiaisme
on
11:51 AM
Rating:
No comments: