Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kes 'Hawaii Five-O': Penuduh tak tunjuk bukti

Kes 'Hawaii Five-O': Penuduh tak tunjuk bukti

Kes 'Hawaii Five-O': Penuduh tak tunjuk bukti

Bekas ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Hatta Ramli hari ini mendedahkan, individu yang menuduhnya mengetuai gerakan menjatuhkan presiden tidak pernah menghadirkan diri ketika dipanggil jawatankuasa siasatan.

Malah Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS itu berkata, pihak yang menuduhnya - Ketua Pemuda PAS Kuantan -  bukan saja gagal hadir untuk kali pertama, malah pada kesempatan kedua diberi jawatankuasa terbabit.

"Selepas empat bulan, akhirnya jawatankuasa ini yang dibentuk memanggil penuduh. Panggil Ketua Pemuda PAS Kuantan dan saya untuk mendapatkan maklumat bagi penyiasatan.

"Tapi penuduh tak datang dengan alasan tak yakin pada enam orang jawatankuasa yang lakukan penyiasatan.

"Jadi bila tak datang buat kali kedua, keputusan (siasatan) tergantung," katanya ketika berucap di sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Selain itu, Dr Hatta juga melahirkan rasa kecewanya apabila pihak yang menuduhnya itu tidak dikenakan sebarang tindakan.

Secara sinis, Hatta juga mengatakan bahawa disebabkan isu tersebut beliau kini mengalami kekalahan dalam pemilihan parti.

"Sepatutnya penuduh itu diambil tindakan tapi saya tak desak ahli jawatankuasa PAS ambil tindakan, jadi (kes) ini tergantung begitu," katanya lagi. - Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaKes 'Hawaii Five-O': Penuduh tak tunjuk bukti Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Kes 'Hawaii Five-O': Penuduh tak tunjuk bukti Reviewed by malaysiaisme on 4:05 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.