Menteri tak bersarung moral, kata ISMA
Menteri tak bersarung moral, kata ISMA
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyelar menteri yang mengarahkan tindakan terhadap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terlibat dalam isu pemakaian sarung terhadap pelanggannya.
ISMA berhujah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kekontangan nilai yang teruk apabila membuat ugutan kepada pekerja yang disifatkannya sebagai mulia itu.
“Semua orang tidak boleh menerima apabila ada yang berpakaian mencolok mata di khalayak.
“Jadi, bila menteri tersebut mahu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pengawal berkenaan, saya kira dia mengalami masalah nilai yang teruk,” kata presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman kepada Ismaweb.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera diambil berhubung insiden seorang wanita diberikan kain sarung ketika mahu berurusan di kaunter JPJ.
Kesal dengan isu itu, beliau di Facebook berkata garisan panduan kod pakaian tidak perlu dikenakan kepada orang awam dan perlu dikaji semula, lapor Bernama.
JPJ pula menegaskan tiada peraturan yang menyatakan pelanggan perlu diberikan kain sarung jika tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.
JPJ berkata pihaknya berasa amat kesal atas kejadian yang menimpa seorang wanita baru-baru ini, dan memohon maaf atas kesulitan yang dialami ketika berurusan di kaunternya.
Selasa lalu, kisah seorang wanita diberi kain sarung ketika mahu berurusan di kaunter JPJ tersebar di media sosial selepas beliau didapati tidak mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan untuk berurusan di kaunter kerajaan.
Sementara itu, Abdullah Zaik berkata beliau hairan kenapa garis panduan pakaian itu akan dikaji semula memandang ia bertepatan dengan adab dan nilai budaya masyarakat Malaysia.
Jelas Abdullah, sebagai menteri Liow sepatutnya terdidik dengan pendidikan moral yang boleh membantunya mengambil sikap yang betul berasaskan nilai dianuti masyarakat.
“Ini kerana menteri yang bertindak berasaskan nilai moral boleh mengangkat status masyarakat daripada cara hidup yang hina kepada cara hidup yang lebih mulia,” katanya.- Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaMenteri tak bersarung moral, kata ISMA Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Menteri tak bersarung moral, kata ISMA
Reviewed by malaysiaisme
on
9:44 PM
Rating:
Reviewed by malaysiaisme
on
9:44 PM
Rating:

No comments: