Muhyiddin, Hadi lari apabila gegaran susulan

KUNDASANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media selepas berlaku gegaran susulan jam 1.35 petang tadi.
Sidang media di Liwagu, Kundasang terpaksa ditangguhkan seketika ekoran berlaku satu lagi gegaran pada kira-kira jam 1.35 petang.
Turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media tersebut ialah Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Memetik laporan Astro Awani, situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Sidang media itu difahamkan pada awalnya untuk Muhyiddin mengemas kini perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung Kinabalu selain mengulas mengenai pengurusan bencana termasuk bentuk bantuan yang bakal dilakukan.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat sidang media tersebut diteruskan. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaMuhyiddin, Hadi lari apabila gegaran susulan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Muhyiddin, Hadi lari apabila gegaran susulan
Reviewed by malaysiaisme
on
3:15 PM
Rating:
Reviewed by malaysiaisme
on
3:15 PM
Rating:

No comments: