Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

PM: Dakwaan korupsi libat pegawai MARA akan disiasat terperinci

PM: Dakwaan korupsi libat pegawai MARA akan disiasat terperinci

PM: Dakwaan korupsi libat pegawai MARA akan disiasat terperinci

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menegaskan dakwaan korupsi mengaitkan beberapa individu dalam pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia, akan disiasat secara terperinci.

"Pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter miliknya.

Akhbar Australia, 'The Age' melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House", daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University. - Bernama



rePublish Berita Terkini MalaysiaPM: Dakwaan korupsi libat pegawai MARA akan disiasat terperinci Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
PM: Dakwaan korupsi libat pegawai MARA akan disiasat terperinci Reviewed by malaysiaisme on 9:46 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.