3 Umno bahagian tetap mahu Muhyiddin, Shafie rasmikan mesyuarat

Tiga Umno bahagian akan meneruskan rancangan untuk menjemput menteri Kabinet dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk merasmikan mesyuarat mereka, memberikan isyarat terdapat perpecahan di dalam parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
Umno Bahagian Kluang, Hulu Selangor dan Kemaman kekal dengan keputusan mereka Muhyiddin dan Shafie akan menghadiri mesyuarat mereka dan bersedia berdepan sebarang risiko.
"Ya, kami akan meneruskan program Ahad ini bersama dengan Tan Sri," kata Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday.
Jais, yang juga exco kerajaan negeri Johor berkata, beliau bersedia berdepan dengan sebarang tindakan.
"Tak mengapa, tunggu sehingga Ahad ini apabila Muhyiddin datang. Saya juga akan berucap dalam majlis itu," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran itu dijadualkan akan merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kluang pada Ahad ini di Dewan Jubli Intan.
Muhyiddin sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno Raub pada 15 Ogos tetapi bahagian tersebut membatalkannya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan Kabinet.
Umno Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga membatalkan jemputan mereka terhadap Shafie yang dijadualkan merasmikan mesyuarat mereka minggu ini.
Sementara itu, seorang jurucakap Umno Johor berkata langkah meneruskan program bersama Muhyiddin tidak salah memandangkan masih memegang jawatan timbalan presiden.
"Tan Sri Muhyiddin masih pemimpin kami, beliau masih timbalan presiden. Lagipun kami sudah menjemputnya sebelum berlaku kemelut rombakan Kabinet baharu ini. Adakah salah kami menjemput pemimpin utama Umno?" katanya dengan syarat tidak dinamakan.
Selain Kluang, Muhyiddin juga bakal merasmikan Umno Bahagian Kemaman, tempat bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang pernah bersengketa dengan Najib semasa penggugurannya baru-baru ini.
Pegawai khas Muhyiddin juga sudah mengesahkan jemputan tersebut, bagaimanapun tarikh dan tempatnya masih belum diputuskan lagi.
Sementara itu, Shafie juga akan meneruskan programnya merasmikan Mesyuarat Sayap-Sayap Umno Bahagian Hulu Selangor yang akan diadakan di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Seorang jurucakap bahagian itu mengesahkan program bersama Shafie akan diteruskan.
"Program bersama Datuk Seri Shafie diteruskan, kami sudah buat persediaan sejak awal lagi dan tidak baik jika batalkan saat akhir," kata sumber tersebut.
Katanya, langkah meneruskan program tersebut tidak perlu dijadikan isu besar kerana keesokannya Najib juga akan hadir untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Hulu Selangor.
" Tidak ada isu besar, bagi kami kedua-dua mereka masih pemimpin utama Umno," katanya.
Seorang pemerhati politik dan juga ahli Umno, Shahbudin Husin menjangkakan sebarang program yang dihadiri Muhyiddin dan Shafie bakal panas, kemungkinan episod sama semasa ucapan perasmian bahagian Cheras bakal berulang.
Dalam mesyuarat Umno Cheras Ahad lepas Muhyiddin mengkritik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat diasaskan Najib.
Spekulasi mengatakan Muhyiddin dan Shafie yang turut lantang mengkritik 1MDB, digugurkan daripada Kabinet disebabkan tindakan mereka itu.
"Sebarang program parti yang dihadiri Muhyiddin dan Shafie pasti akan panas. Akar umbi pasti mahu mendengar sendiri daripada mulut kedua-dua pemimpin yang tersingkir daripada Kabinet Najib," katanya kepada The Malaysian Insider.
Shahbudin tidak menolak kedua-duanya akan terus mengkritik Najib, menambahkan perpecahan dalam Umno.
"Kalau semasa perasmian Umno Cheras sudah hangat, saya jangka ia pasti akan bertambah kontroversi selepas ini," katanya. - TMI
Penyakit yang melanda parti PAS menampakkan tanda mahu berjangkit kepada Umno.

rePublish Berita Terkini Malaysia3 Umno bahagian tetap mahu Muhyiddin, Shafie rasmikan mesyuarat Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
3 Umno bahagian tetap mahu Muhyiddin, Shafie rasmikan mesyuarat
Reviewed by malaysiaisme
on
10:05 AM
Rating:
No comments: