Akaun Jho Low di Singapura diteliti dalam siasatan 1MDB, kata WSJ
Akaun Jho Low di Singapura diteliti dalam siasatan 1MDB, kata WSJ
The Wall Street Journal mendakwa ahli perniagaan Low Taek Jho mendepositkan RM2 bilion ke dalam akaun bank Singapura.- Gambar wsj.com |
Menurut laporan oleh The Wall Street Journal (WSJ), polis Singapura dan Bank Negara membincangkan AS$529 juta (RM2 bilion) dalam akaun milik Low, juga dikenali sebagai Jho Low, selepas Bank Negara Malaysia pada Mac meminta bantuan Singapura menyiasat 1MDB.
Memetik surat bertarikh 13 Mac daripada Pejabat Laporan Transaksi Mencurigakan Singapura kepada Bank Negara Malaysia, WSJ berkata, wang itu didepositkan ke dalam akaun bank perniagaan Singapura di BSI SA, yang dikawal Low antara 2011 dan 2013.
Pejabat Laporan Transaksi Mencurigakan berkata, wang itu didepositkan daripada akaun bank Switzerland syarikat dikenal pasti sebagai Good Star Ltd, walaupun ia tidak dinyatakan di mana ia mendapat dana atau apa yang berlaku kepada wang itu. Akaun berkenaan dilaporkan ditutup pada Februari lepas.
"Jika terdapat unsur jenayah dipindahkan ke Singapura, kami ingin menentukan sama ada suatu kesalahan dilakukan di Singapura," kata Ketua Pejabat Laporan Transaksi Mencurigakan,Chua Jia Leng dipetik sebagai berkata dalam surat itu.
Putrajaya berkata, awal tahun ini 1MDB mempunyai AS$1.1 bilion dalam akaun BSI di Singapura, walaupun tidak diketahui sama ada ia mempunyai kaitan dengan Low.
Low berkata, peranannya dalam 1MDB adalah sebagai "penasihat sekali-sekala".
1MDB menjadi perhatian umum selepas WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) bergerak di kalangan agensi kerajaan, bank-bank dan entiti dikaitkan dengan 1MDB sebelum berakhir di akaun peribadi perdana menteri dengan 5 deposit berasingan.
Berikutan itu, satu pasukan petugas khas terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, polis, pihak berkuasa anti-rasuah dan Bank Negara memulakan siasatan ke atas 1MDB.
Najib menafikan mengambil dana untuk kepentingan peribadi, tetapi sebagai menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, beliau berada di bawah penelitian ke atas urusan meragukan firma milik kerajaan itu dan RM42 bilion hutang yang ditanggung dalam masa 6 tahun operasi.
Pada Rabu, pasukan petugas khas membekukan 6 akaun sebagai sebahagian daripada siasatan dan merampas dokumen-dokumen berkaitan dengan 17 akaun bank. Ia tidak menyatakan akaun mana yang terbabit.
Najib menuduh WSJ mempunyai "niat jahat" dan menjadi sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan beliau.
Peguamnya juga meminta “penjelasan” WSJ berhubung fakta-fakta dalam laporan itu. - TMI
rePublish Berita Terkini MalaysiaAkaun Jho Low di Singapura diteliti dalam siasatan 1MDB, kata WSJ Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Akaun Jho Low di Singapura diteliti dalam siasatan 1MDB, kata WSJ
Reviewed by malaysiaisme
on
12:35 PM
Rating:
No comments: