Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Badlisyah tersasul, Nazir kerut dahi...

Badlisyah tersasul, Nazir kerut dahi...

Badlisyah tersasul, Nazir kerut dahi...

Pengerusi kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak malam tadi mempersendakan CEO CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abdul Ghani yang menimbulkan keraguan terhadap dokumen perbankan yang didakwa menunjukkan deposit berbilion ringgit ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Dokumen-dokumen itu, termasuk mesej Swift, telah dikeluarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada hari Selasa untuk menyokong laporannya yang mendakwa AS$700 juta dana awam dikatakan didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menulis di Instagram, Nazir menyiarkan gambar CEO Kumpulan CIMB Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan sesuatu di telefon bimbitnya kepada bekas pengerusi kumpulan CIMB Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sambil diperhatikan oleh  pengerusi CIMB Islamic Bank, Datuk Syed Muhamad Syed Abdul Kadir.


Nazir menulis kapsyen yang berbunyi Zafrul dan Syed menunjukkan kepada Md Nor yang terpegun, catatan Facebook oleh Badli (Badlisyah CIMB Islamic) mengenai artikel WSJ.

Dalam nada yang serius, Nazir berjanji bahawa tindakan akan diambil berhubung perkara itu.

"Catatan itu telah dibuang kerana ia adalah satu perkara teknikal yang dia tidak sepatutnya mengulas.

"Kami memohon maaf, kita akan menjalankan siasatan dalaman," kata Nazir, yang merupakan adik kepada perdana menteri.

Semalam, Badlisyah menimbulkan keraguan terhadap dokumen perbankan yang didakwa mengaitkan Najib, dengan mendakwa bahawa terdapat percanggahan dalam Kod Swift dan juga alamat bank penghantar.

Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa dokumen itu palsu dan menyatakan kehairannya kerana WSJ "terjebak" dengannya.

Ini berkaitan dengan mesej Swift pada dua urus niaga yang melibatkan AS$619,999,988 dan AS60,999,988, yang dikatakan dari Tanore Finance melalui Wells Fargo Bank ke akaun yang didakwa dikawal oleh Najib.

Hujah itu kemudiannya disebarkan secara meluas di kalangan blog pro-Umno untuk mempertahankan Najib.

Bagaimanapun, Malaysiakini yang meneliti dakwaan Badlisyah itu,  mendapati tidak ada percanggahan pada alamat bank penghantar.

Malaysiakini juga mendapati bahawa Badlisyah tersilap menganggap Kod Swift yang disenaraikan dalam dokumen yang dikeluarkan oleh WSJ itu kepada Alfa Bank Moscow.

Selepas itu, Badlisyah dalam satu kenyataan mengakui kesilapannya.

"Kesilapan itu telah ditunjukkan dengan betul oleh satu laporan Malaysiakini berhubung perkara itu, dan saya juga telah membuat pembetulan pada laman Facebook saya," katanya.

Bagaimanapun, dalam catatan Facebooknya yang dikemaskini, Badlisyah masih berkeras bahawa dokumen itu palsu. - Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaBadlisyah tersasul, Nazir kerut dahi... Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Badlisyah tersasul, Nazir kerut dahi... Reviewed by malaysiaisme on 11:05 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.