Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Doktor muda maut lepas tugas lebih 24 jam

Doktor muda maut lepas tugas lebih 24 jam

Doktor muda maut lepas tugas lebih 24 jam

Seorang pegawai perubatan meninggal dunia akibat kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertugas lebih 24 jam di Hospital Sungai Buloh.

Menurut sumber polis, kereta dipandu allahyarham Dr Nur Afifah Mohd Ghazi, terbabas dan melanggar sebatang pokok besar di tepi jalan, tidak jauh dari hospital tersebut.

Sumber polis menyebut, kejadian di Jalan Kuari itu dipercayai berlaku disebabkan mangsa, 27, memandu dalam keadaan terlalu letih.

Saksi di tempat kejadian melihat kenderaan yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam.

Menurut polis, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Suami mangsa, seorang doktor yang turut bertugas di hospital sama bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan jenazah mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

Jenazah mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Allahyarham Afifah yang berasal dari Kamunting, Perak, meninggalkan suami dan seorang anak berusia 11 bulan.

Kes tersebut menimbulkan perbincangan hangat di media sosial mengenai risiko keselamatan pegawai kerajaan dalam sektor kritikal akibat tempoh waktu kerja yang panjang.

Sesetengah pegawai perubatan di hospital kerajaan diketahui berkhidmat sehingga 36 jam untuk satu-satu tempoh tugas atas panggilan (on call). - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaDoktor muda maut lepas tugas lebih 24 jam Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Doktor muda maut lepas tugas lebih 24 jam Reviewed by malaysiaisme on 1:05 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.