Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya

Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru - bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.
Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.
Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.
Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif.
Mohamad berkata, mereka mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terkubur dengan terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perhimpunan itu adalah yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas Aidilfitri nanti.
"Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Menurut Mohamad, mereka akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.
"Kita juga akan jelaskan bagaimana bentuk gabungan itu nanti," katanya. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaHarapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya
Reviewed by malaysiaisme
on
12:36 AM
Rating:
No comments: