Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Hisham: Siasat siapa luluskan 'Patriot'

Hisham: Siasat siapa luluskan 'Patriot'

Hisham: Siasat siapa luluskan 'Patriot'

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak tahu tentang penjualan plat kenderaan "Patriot" semasa menjadi pemangku menteri pengangkutan.


Beliau berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya dan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan sekiranya terdapat unsur salah guna kuasa terhadap kelulusan penjualan plat kenderaan itu.

"Saya tak tahu menahu tentang plat kenderaan Patriot. Mungkin ada usaha nak lagakan saya dan menteri sekarang. Saya tak ada benda nak disembunyikan.

"Saya harap SPRM boleh siasat kalau ada salah guna kuasa atau penyelewengan. Kalau boleh periksa siapa yang luluskan Patriot," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno di PWTC hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada plat kenderaan "Patriot" diluluskan ketika Hishammuddin menjadi pemangku menteri pengangkutan.

Sin Chew Daily melaporkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai berkata penjualan plat Patriot itu mendapat kelulusan Menteri Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Akhbar Cina itu juga memetik seorang pegawai JPJ sebagai mengesahkan bahawa ia mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.

Liow sehingga kini masih berdiam diri dalam isu itu. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaHisham: Siasat siapa luluskan 'Patriot' Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Hisham: Siasat siapa luluskan 'Patriot' Reviewed by malaysiaisme on 7:05 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.