Maut Jerut Leher Sendiri Selepas Dipercayai Bunuh Isteri
Maut Jerut Leher Sendiri Selepas Dipercayai Bunuh Isteri
MIRI: Sepasang suami isteri maut di kediaman pasangan itu di Desa Senadin Lorong 2D di sini, dipercayai membabitkan kes bunuh dan bunuh diri.
Pemangku Ketua Polis Miri, Supt Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan kes itu berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati Wenceslaus Taikim Pancras, 50, telah membunuh isterinya Sirena Puyang Anyie, 39, dengan menghentak kepala mangsa di lantai.
“Suaminya kemudian membunuh diri dengan menjerut leher sendiri menggunakan kabel. Motif pembunuhan masih disiasat,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pada sebelah pagi ini, selepas Wenceslaus menghantar dua anaknya ke sekolah.
“Tiada kesan pergelutan dan barang berharga juga tidak hilang,” katanya.
Stanley berkata, Wenceslaus yang bekerja di sebuah syarikat menjual kereta dan Sirena yang bekerja di sebuah syarikat swasta, meninggalkan seorang anak lelaki berusia 13 tahun dan seorang anak perempuan berusia 11 tahun. - http://pakdin.my
rePublish Berita Terkini MalaysiaMaut Jerut Leher Sendiri Selepas Dipercayai Bunuh Isteri Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Maut Jerut Leher Sendiri Selepas Dipercayai Bunuh Isteri
Reviewed by malaysiaisme
on
8:18 AM
Rating:
No comments: