Shafie batal jemput Najib rasmi mesyuarat Umno bahagian Semporna

Susulan dipecat daripada Kabinet, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membatalkan jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada merasmikan mesyuarat Umno bahagian Semporna di Sabah yang dijadualkan pada 15 Ogos ini.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Shafie sebaliknya menggantikannya dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima nasib sama disingkir daripada pentadbiran Najib disebabkan kritikan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Senario politik sudah berubah," kata sumber dalam Umno yang rapat dengan Shafie.
Pegawai Najib yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas tentang perkara tersebut.
Sementara itu, pegawai Shafie yang kini sedang bersama pulang ke Sabah juga tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai pembatalan jemputan itu dan hanya minta The Malaysian Insider menunggu sehingga 15 Ogos ini.
"Tunggu sehingga 15 Ogos," katanya merujuk kepada tarikh mesyuarat Umno bahagian Semporna.
Difahamkan, jemputan kepada Najib itu dibuat sebelum rombakan Kabinet Selasa lepas.
Shafie pulang ke Semporna semalam, kerusi Parlimen yang disandang sejak 1995 dan merupakan kepulangan pertama selepas disingkir daripada Kabinet.
Shafie tiba kira-kira jam 11 pagi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan disambut lebih 200 penyokongnya serta deretan kereta mengiringi pulang ke kediamannya di Semporna.
Ribuan orang meraikan Shafie dengan menaikkan kain rentang dan sorakan menyatakan sokongan kepada kepimpinannya walaupun kini tidak berada dalam Kabinet lagi.
Beberapa wakil Pertubuhan Kadasan Dusun Murut Malaysia (KDM), yang mewakili masyarakat bumiputera di negeri tersebut juga hadir bagi menyambut Shafie.
Shafie, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang secara terbuka mempersoalkan cara Najib mengendalikan skandal 1MDB.
1MDB, yang dimiliki Kementerian Kewangan dan cetusan idea Najib, ketika ini sedang disiasat berhubung hutang terkumpulnya mencecah RM42 bilion.
Penyiasat juga melihat kepada dakwaan yang sejumlah RM2.6 bilion wang daripada syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib. - TMI
Jika Pakatan Rakyat 2.0 + PAS + Johor + Sabah bersatu menentang UmnoBN dalam pilihanraya akan datang. Harapan membina Malaysia yang lebih gemilang akan tercapai.

rePublish Berita Terkini MalaysiaShafie batal jemput Najib rasmi mesyuarat Umno bahagian Semporna Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Shafie batal jemput Najib rasmi mesyuarat Umno bahagian Semporna
Reviewed by malaysiaisme
on
9:36 AM
Rating:
No comments: