Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Turunkan Najib tak selesai skandal, kata Pas

Turunkan Najib tak selesai skandal, kata Pas

Turunkan Najib tak selesai skandal, kata Pas

KUALA LUMPUR - Kemelut yang melanda negara ini susulan penyelewengan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad tidak akan selesai dengan menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sebaliknya, menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan sekarang perlu bertanggungjawab.
 
"Isu penyelewengan dana negara, apa jalan keluar? Kita tak mahu tumbang satu sistem jahiliah kemudian dibina satu lagi sistem jahiliah yang baharu. Yang akhirnya masuk empat tahun...lima tahun, sepenggal, dua penggal, balik kepada kerosakan...kehancuran.
 
"Sekarang isu, 1MDB...Ia tidak selesai dengan turunnya timbalan perdana menteri dan tidak selesai dengan turunnya, Najib sebagai Perdana Menteri.
 
"Kerajaan yang ada mesti bertanggungjawab, sebab itu kita kata mesti buat perubahan secara menyeluruh di mana rakyat mesti diberi keyakinan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Peringkat Pas Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
 
Tegasnya, semua pihak tidak sepatutnya menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini sebagai 'usaha mengekalkan' Najib kerana pemimpin nombor satu negara itu perlu bertanggungjawab dengan kegagalannya bagi mengelakkan rakyat terpaksa menanggung beban pada masa akan datang.
 
"Sebab itu apabila Tuan Guru Presiden kata Najib perlu bertanggungjawab. Jangan kita anggap bahawa ini usaha untuk mengekalkan Najib Perdana menteri.
 
"Sebab bagi kita, tukar perdana menteri, kalau ganti dengan yang sama, polisi yang sama, bebanan rakyat terpaksa dipikul berterusan," katanya.
 
Mengimbau kembali 'pertukaran' perdana menteri sebelum ini yang didakwanya menyebabkan rakyat terpaksa menanggung segala beban yang ditinggalkan bekas perdana menteri.
 
"Tuan-tuan, ingat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad diserang semua institusi yang ada, akhirnya beliau letak jawatan, diganti dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang membawa 'Islam hadhari', mari (datang) pilihanraya, rakyat beri kembali mandat kepada Umno-BN.
 
"Apa akibatnya? Akibatnya rakyat terpaksa pikul beban yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir," katanya. - SH

Adakah maksud PAS, PAS sudah percaya dan yakin pemimpin UmnoBN mahu dan mampu menyelesaikan masalah?

rePublish Berita Terkini MalaysiaTurunkan Najib tak selesai skandal, kata Pas Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Turunkan Najib tak selesai skandal, kata Pas Reviewed by malaysiaisme on 11:17 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.