Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman mati edar 2.5kg dadah

Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman mati edar 2.5kg dadah

Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman mati edar 2.5kg dadah

Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah mengedar 2.5 kilogram dadah jenis methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, 3 tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati yang pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan membabitkan kedua-dua wanita itu.

Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, Tayebeh Abbasali Najafi, 36, dilihat memujuk ibunya Parvin Yousef Ilanlou, 57, yang menangis teresak-esak dengan hukuman berkenaan.

Tayebeh didakwa mengedar 1297.5 gram methamphetamine di kawasan pintu keluar Pemeriksaan Kastam, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada 25 September 2012.

Parvin pula didakwa mengedar 1245.6 gram dadah jenis sama di tempat, masa dan tarikh sama.

Kedua-dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seramai 5 saksi pendakwaan dan 2 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Selangor Siti Noorbaya Jamil sementara dua beranak itu diwakili peguam Muhammad Zaim Azfar Jalaludin. – Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaDua beranak warga Iran dijatuhi hukuman mati edar 2.5kg dadah Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman mati edar 2.5kg dadah Reviewed by malaysiaisme on 8:26 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.