Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pembesar suara masjid di Pulau Pinang hanya dibenar untuk azan sahaja

Pembesar suara masjid di Pulau Pinang hanya dibenar untuk azan sahaja

Pembesar suara masjid di Pulau Pinang hanya dibenar untuk azan sahaja

Butterworth: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang Julai lalu memutuskan bahawa pembesar suara di luar masjid dan surau hanya dibenarkan bagi kegunaan azan dan iqamah saja.


Mesyuarat berkenaan juga bersetuju agar 'irsyad' hukum yang diputuskan jawatankuasa itu pada 7 April 2011 mengenai larangan membaca al-Quran sebelum waktu Subuh dengan pembesar suara perlu ditambah baik.

Penambahbaikkan itu termasuk dengan memasukkan larangan bagi semua profram di masjid dan surau seperti qiamullail,tahajjud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Berdasarkan minit mesyuarat berkenaan, penggunaan pembesar suara dalaman saja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau di negeri ini.

Arahan berkenaan juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bagi tindakan selanjutnya berdasarkan salinan surat yang dihantar oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang kepada JHEAIPP bertarikh 1 September lalu.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ketika dihubungi berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan kepada beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam sebagai rahmatan lil 'alamin dan agama yg mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu dan masyarakat.

"Keputusan ini tidak menjejaskan kesucian dan syi'ar agama Islam, malah sebaliknya selaras dengan nas-nas al-Qur'an dan al-Sunnah. Sebagai contoh, al-Qur'an memerintahkan umat Islam berzikir dan berdo'a dengan khusuk dan merendahkan suara," katanya. - HMetro

rePublish Berita Terkini MalaysiaPembesar suara masjid di Pulau Pinang hanya dibenar untuk azan sahaja Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pembesar suara masjid di Pulau Pinang hanya dibenar untuk azan sahaja Reviewed by malaysiaisme on 8:26 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.