Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam

Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam

Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam

SHAH ALAM - Penemuan sebuah kereta Proton Perdana yang ditemui rentung terbakar pagi tadi dikawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hilir Perak menyukarkan siasatan polis kerana nombor casis dan nombor enjinnya telah dipadamkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang perkembangan positif berhubung penemuan kereta berkenaan.
 
“Kereta yang dijumpai di Hutan Melintang itu tidak ada nombor casis dan nombor enjin untuk dikenal pasti.
 
“Dua nombor berkenaan telah dikikis,” katanya.
 
Ditanya mengenai kerjasama dengan polis Perak, Zainuddin berkata, polis Kuala Lumpur juga telah memaklum kepada semua negeri berhubung kejadian itu. 
 
Polis hari ini menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kelvin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.
 
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.
 
Berita kehilangan Kelvin juga menjadi viral di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaKereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam Reviewed by malaysiaisme on 4:06 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.