Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Polis tingkatkan langkah cari timbalan pendakwa raya yang hilang

Polis tingkatkan langkah cari timbalan pendakwa raya yang hilang

Polis tingkatkan langkah cari timbalan pendakwa raya yang hilang

Polis Kuala Lumpur sedang meningkatkan usaha menjejak timbalan pendakwa raya terkenal, Kevin Anthony Morais, yang dilaporkan hilang dan melibatkan rakan mereka di negeri lain untuk membantu pencarian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, sebarang ketidaknormalan atau kejadian yang berlaku dalam tempoh kehilangan Morais sedang diteliti, termasuk penemuan sebuah kereta yang terbakar di Hutan Melintang, Perak awal pagi semalam.

"Polis Perak menjumpai kereta yang terbakar itu di Hutan Melintang kira-kira jam 10 pagi semalam. Kami tidak tahu lagi jika ia kepunyaan orang yang hilang (Morais) kerana kita tidak dapat mengenal pasti model kereta itu dan nombor pendaftarannya.

"Kami sedang meneliti kes sebegitu dan mendapatkan bantuan rakan kami di negeri lain untuk memberikan maklumat," katanya.

Kes kereta terbakar itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kelakuan khianat menggunakan api.

“Buat masa ini, saya dimaklumkan, hanya rangka badan kereta ditemui. Setakat ini mereka tidak menemui sebarang kesan tulang manusia atau mayat dalam kenderaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mengenai Morais, Zainuddin berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Morais, yang berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja.

Sumber berkata, Morais meninggalkan rumah kira-kira 9 pagi dengan memandu kenderaan milik kerajaan, sebuah Proton Perdana kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Satu panggilan yang dibuat rakannya pada jam 10.30 pagi tidak dijawab. Cubaan untuk membuat panggilan ke telefon bimbit Morais beberapa jam selepas itu juga tidak berjaya.

Siasatan awal mendapati Morais tidak hadir untuk bekerja pada Jumaat itu.

Sebuah portal berita melaporkan satu laporan polis dibuat sepupu beliau, Datuk Richard Morais di Balai Polis Jinjang sebelum jam 6 petang semalam.

Difahamkan, Morais yang dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum ini ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.

Beliau juga tidak terlibat dalam pasukan yang menyiasat SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. - TMI

rePublish Berita Terkini MalaysiaPolis tingkatkan langkah cari timbalan pendakwa raya yang hilang Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Polis tingkatkan langkah cari timbalan pendakwa raya yang hilang Reviewed by malaysiaisme on 4:06 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.