Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pegawai Polis Trafik Wanita Maut Dirempuh Mat Rempit

Pegawai Polis Trafik Wanita Maut Dirempuh Mat Rempit

Pegawai Polis Trafik Wanita Maut Dirempuh Mat Rempit

KLUANG – Pegawai polis trafik wanita maut akibat dirempuh mat rempit ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, 2.40 pagi, hari ini.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata kejadian ketika pegawai wanita terbabit, Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota dan pasukan sukarelawan polis.

Operasi itu bermula 1.30 pagi. Namun, selepas sejam kemudian terdapat sekumpulan penunggang motosikal dari arah Mersing menuju bandar Kluang cuba meloloskan diri.

“Seorang daripadanya kemudian turut merempuh Margaret,” katanya yang dihubungi, hari ini.
Mohamad berkata, Margaret yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sejak lima tahun lalu, kemudian dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Katanya, dia dilaporkan kritikal akibat patah tangan kiri, tulang pinggul dan kaki selain pendarahan dalaman di perut sebelum disahkan meninggal oleh pihak hospital, 12.45 tengah hari ini. – Harian Metro


rePublish Berita Terkini MalaysiaPegawai Polis Trafik Wanita Maut Dirempuh Mat Rempit Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pegawai Polis Trafik Wanita Maut Dirempuh Mat Rempit Reviewed by malaysiaisme on 4:36 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.