Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Mungkin kena bayar RM1,000 untuk gaji amah

Mungkin kena bayar RM1,000 untuk gaji amah

Mungkin kena bayar RM1,000 untuk gaji amah


SHAH ALAM - Mana-mana majikan yang ingin mengambil pembantu rumah Indonesia kini perlu membayar RM900 sebulan bagi gaji mereka.

Bagaimanapun, memetik laporan The Star Online hari ini, menurut kenyataan daripada Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, kadar itu  mungkin akan dinaikkan sehingga ke RM1,000 kerana merasakan pembantu rumah mereka perlu dibayar setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

"Indonesia sudah menghantar surat permohonan meminta gaji dinaikkan sehingga RM1,000," katanya.

Sementara itu memetik laporan itu juga melaporkan mengenai surat daripada Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia bertarikh 15 Oktober lalu, meminta kedutaan melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,000.

Surat daipada Badan Nasional itu turut menuntut agar pihak kedutaan tidak membenarkan majikan memotong gaji pembantu rumah Indonesia.

Tuntutan itu dibuat kerana, ketika ini, majikan dibenarkan memotong gaji sebanyak RM1,800 daripada pembantu rumah dalam tempoh 3 hingga 6 bulan bagi menyelesaikan bayaran pendahuluan kos seperti latihan.

Dalam pada itu, Hermono mengelaskan bahawa kerajaan Malaysia dan Indonesia masih membincangkan mengenai kandungan surat itu.

Minggu lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata Malaysia dan Indonesia bersetuju menaikkan gaji pembantu rumah yang sebelum ini sebanyak RM800 kepada kadar yang akan diumumkan. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaMungkin kena bayar RM1,000 untuk gaji amah Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Mungkin kena bayar RM1,000 untuk gaji amah Reviewed by malaysiaisme on 7:03 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.