Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Wanita Palestin seludup sperma dari penjara Israel

Wanita Palestin seludup sperma dari penjara Israel

Wanita Palestin seludup sperma dari penjara Israel

Lidia Rimawi impikan seorang anak lelaki tetapi suaminya seorang tahanan politik dalam penjara Israel.

Menjalani hukuman penjara 25 tahun, suaminya hanya akan dibebaskan ketika dia berumur 50 tahun.

Lidia, 37, justeru tidak mempunyai jalan lain kecuali menyeludup sperma suaminya dari penjara rejim Zionid itu.

Beliau dan anak lelakinya, Majd, kini tinggal di Nabih Saleh, sebuah kampung di Tebing Barat.

“Majd adalah kemenangan kami,” katanya merujuk kepada kanak-kanak lelaki 18 bulan itu.

“Saya buat semua ini untuk bantah pencerobohan (Israel)," katanya.

Mengenang suaminya, Lidia berkata sejak awal beliau tahu tentang perjuangan suaminya, tetapi ia hanya mengukuhkan tambatan hati mereka.

'Ayah, berilah saya abang'

Malangnya mereka hanya sempat hidup bersama buat beberapa bulan sebelum suaminya dipenjara susulan penglibatan dalam Intifada kedua menentang Israel.

Beliau bagaimanapun sudah mempunyai seorang anak perempuan.

“Saya ingat lagi bila dapat sampel (sperma) daripada suami semasa melawatnya dan anak perempuan kami ada bersama saya dan dia kata, 'ayah, berilah saya abang'.

“Kami terkejut, tetapi gembira bercampur bimbang,” katanya.

Selepas menyeludup keluar sperma itu dalam bekas plastik, Lidia terus mengambil teksi ke Pusat Perubatan Razan di Ramallah, tempat persenyawaan dibuat.

Ia berhasil. Dan apabila berita itu dikongsi dengan suaminya dalam lawatan seterusnya, lelaki itu menjerit kegembiraan seolah-tidak tidak percaya apa yang berlaku.

Sumber: Al Jazeera / Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaWanita Palestin seludup sperma dari penjara Israel Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Wanita Palestin seludup sperma dari penjara Israel Reviewed by malaysiaisme on 7:03 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.