Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pemilik rumah No 8 diminta berhati-hati bimbang diculik

 Pemilik rumah No 8 diminta berhati-hati bimbang diculik

Pemilik rumah No 8 diminta berhati-hati bimbang diculik

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penculik hanya menyedari mereka tersilap sasaran selepas beberapa minit melarikan mangsa dan bertindak mengarahkannya keluar dari kereta.


Mangsa, R.Karunakaran, 59, sedang menyiram pokok bunga di luar rumahnya di Jalan Api-Api 1, Kepong Baru kira-kira pukul 8.30 pagi pada Selasa ketika didekati seorang lelaki.

"Dia bertanya sama ada saya menjual lori yang diletakkan di luar rumah saya tetapi dia berkelakuan pelik, jadi saya cuba melarikan diri.

"Namun, seorang lagi lelaki menarik saya ke belakang lori. Saya cuba untuk melawan tetapi mereka mengacukan parang di leher saya," katanya.

Suspek turut meragut rantai emas di lehernya sebelum menarik mangsa masuk ke dalam sebuah kereta Proton Waja dan meninggalkan kawasan tersebut.

"Mereka beritahu mahu bunuh saya," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini Ahad.

Namun, beberapa minit kemudian, salah seorang penculik menerima panggilan telefon.

"Saya terdengar dia berkata, 'Oh kami tersilap sasaran.' Lelaki yang sepatutnya diculik tinggal di rumah No.8, rumah saya di alamat No.1," katanya.

Dia berkata penculik tersebut memberhentikan kenderaan dan mengarahkannya keluar sebelum memecut laju.

"Tiga daripada mereka memakai topeng manakala seorang yang mendekati saya tidak memakai topeng," katanya.

Beliau berkata polis sudah memaklumkan semua rumah dengan No.8 di kawasan tersebut supaya lebih berhati-hati. - Mstar

rePublish Berita Terkini Malaysia Pemilik rumah No 8 diminta berhati-hati bimbang diculik Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pemilik rumah No 8 diminta berhati-hati bimbang diculik Reviewed by malaysiaisme on 4:42 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.