Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

'Segera bawa pelaku ke muka pengadilan'

'Segera bawa pelaku ke muka pengadilan'

'Segera bawa pelaku ke muka pengadilan'

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang ditemui di Klinik Kesihatan Bukit Payong di sini, amat terkejut dengan kejadian yang menimpa bekas Adun Alur Limbat, Alias Abdullah, 51, hari ini.


Bekas wakil rakyat BN itu, dikatakan ditembak dari jarak dekat oleh individu yang tidak dikenali ketika berada di bahagian dapur rumah mereka di Kampung Alur Limbat di Bukit Payong selepas solat Jumaat.

Pemimpin nombor satu negeri itu menyifatkan tindakan pembunuh terbabit adalah amat kejam dan meminta pihak polis dapat menyiasat kes berkenaan sehingga ke akar umbi.

Beliau juga berharap pihak berkuasa itu dapat mengenal pasti serta membawa orang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan agar perkara sedemikian tidak lagi berlaku di masa-masa akan datang khususnya di negeri berkenaan.

Kita negara Malaysia ini adalah sebuah negara yang selamat. Apa yang berlaku ini adalah amat mengejutkan. Perkara ini, apa yang berlaku ini amat mengejutkan dan kita amat terkilan. Insya ALLAH, pihak kerajaan negeri akan memberi kerjasama.

“Kita akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan untuk memastikan orang yang bertanggungjawab itu dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Allahyarham Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dan dipilih sebagai Adun Alor Limbat sejak 2004 hingga 2008 itu kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum beliau disahkan meninggal dunia. - SH

rePublish Berita Terkini Malaysia'Segera bawa pelaku ke muka pengadilan' Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
'Segera bawa pelaku ke muka pengadilan' Reviewed by malaysiaisme on 9:15 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.