Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Adik perinci penderaan terhadap Kamal Hisham

Adik perinci penderaan terhadap Kamal Hisham

Adik perinci penderaan terhadap Kamal Hisham

Satu memorandum yang dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri hari ini memperincikan penderaan yang didakwa dilakukan ke atas peguam Kamal Hisham Jaafar yang ditahan reman selama hampir tiga bulan.

Adik bongsunya, Norlizan Jaafar, memberitahu Malaysiakini abangnya didera sejak dikenakan tahanan reman pada 2 September lalu kerana kes penipuan.

Kes itu mendapat tumpuan apabila Kamal Hisham menggesa Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar untuk turun takhta jika baginda mahu mengambil bahagian dalam politik.

Sepanjang tempoh tiga bulan beliau ditangkap, Kamal Hisham ditahan di lokap polis Cawangan Khas selama 17 hari.

Norlizan berkata semasa dalam tahanan awal abangnya, beliau digari pada setiap masa serta dikawal oleh lebih 10 anggota polis pada setiap masa.

"Dia tidak diberi pakaian dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam," dakwanya.

Selain saiz lubang sebesar kotak mancis, tidak ada sumber cahaya lain dalam sel. Tiada tandas disediakan dan Kamal Hisham terpaksa memberitahu anggota polis setiap kali beliau mahu membuang air besar.

Menurut Norlizan lagi, abangnya pada awal penahannya juga dinafikan haknya untuk sembahyang. Kamal Hisham kemudiannya, diberikan selimut lusuh dan berbau busuk untuk menutup kemaluan setiap kali mahu menunaikan solat.

Semasa penahanannya di penjara reman Ayer Molek, Kamal Hisham dikurung seorang diri.

"Beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan penghuni setiap hari untuk beberapa bulan," kata Norlizan. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaAdik perinci penderaan terhadap Kamal Hisham Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Adik perinci penderaan terhadap Kamal Hisham Reviewed by malaysiaisme on 9:26 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.