Muhyiddin tidak rasmi mesyuarat sayap Umno

KUALA LUMPUR - Tidak seperti kelaziman pada setiap Perhimpunan Agung Umno (PAU), Timbalan Presiden Umno kali ini tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata, keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.
"Perasmian berasingan. Ini diputuskan hasil cadangan sayap masing-masing, mereka bawa dalam mesyuarat. Itulah kehendak mereka, dan kita menghormatinya," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Bilik Jawatankuasa 2, Bangunan Sementara Parlimen di sini hari ini. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaMuhyiddin tidak rasmi mesyuarat sayap Umno Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Muhyiddin tidak rasmi mesyuarat sayap Umno
Reviewed by malaysiaisme
on
9:26 PM
Rating:
No comments: