Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Nurul Izzah fail saman Khalid, Ismail Sabri

Nurul Izzah fail saman Khalid, Ismail Sabri

Nurul Izzah fail saman Khalid, Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung dakwaan beliau seorang pengkhianat selepas bergambar dengan Puteri Sulu, Jacel Kiram.

Saman itu difailkan melalui peguamnya dari firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Melalui pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah selaku plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Khalid dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 22 November menyatakan plaintif adalah dalang di sebalik serangan dan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah pada 2013, merupakan fitnah dan berniat jahat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Ismail Sabri melalui sidang media selepas satu majlis di Bera, Pahang yang menyatakan beliau seorang penderhaka kepada negara dan terlibat dalam keganasan adalah fitnah.

Sehubungan itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos, dan perintah injunksi bagi menghalang defendan mengulangi dan menerbitkan perkataan fitnah tersebut. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaNurul Izzah fail saman Khalid, Ismail Sabri Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Nurul Izzah fail saman Khalid, Ismail Sabri Reviewed by malaysiaisme on 12:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.