Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

3 Foto wajah terbaru suami Azian Mazwan yang sangat kacak dan tampan

Meskipun berjaya ataupun tidak berjaya mara ke akhir Gegar Vaganza 2, namun Azian Mazwan Sapuan tidak pernah berhasrat untuk berhenti kerja di Bahagian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya.

Kerja bagi Azian adalah sesuatu yang memberi pendapatan tetap berbanding nyanyian. Bagaimanapun, dia akan terus menyanyi dan mengakui selepas menyertai program GV2, jadual seninya amat padat sehingga Januari.

"Saya memasuki GV atas izin suami dan sokongan anak-anak. Tahun ini tak sibuk sangat sebab anak-anak tak ada exam yang besar-besar. Jadi selepas berfikir, ya apa salahnya.

"Alhamdulilah, sejak saya menyertai GV, show dah ada. Sekarang alhamdulilah, kadang-kadang dua tiga show dalam seminggu. Malah sekarang ini pun jadual dah padat sampai awal Januari. Ada call melalui Astro, call saya sendiri dan ada yang inbox di FB pun saya terima. Tak kisah. Saya ok jer.

"Untuk aktif menyanyi, saya mahu aktif tapi saya tak ada cadangan untuk berhenti kerja sebab pencen dan fikirkan keluarga. Setakat ini tiada masalah sebab saya dapat sokongan dari majikan. Kemudian saya utamakan juga keluarga.

"Menyanyi kebanyakkannya pada waktu malam dan Sabtu Ahad. Jadi tidak ganggu waktu kerja saya dan keluarga. Kalau Isnin tu mesti kena masuk kerja dan tetap akan uruskan anak-anak sekolah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya bakal keluarkan single terbaru untuk peminat dan kepuasan hati sendiri. Ada yang tanya-tanya nak bagi lagu namun kami belum buat perjumpaan lanjut. Sekarang pack sangat kan," tambah Azian yang merupakan ibu kepada tujuh orang anak ini.

Sumber: Myartis





3 Foto wajah terbaru suami Azian Mazwan yang sangat kacak dan tampan originally from Dalam Kasih

3 Foto wajah terbaru suami Azian Mazwan yang sangat kacak dan tampan Reviewed by malaysiaisme on 9:59 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.