Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

9 Foto sekitar majlis pertunangan Tauke Jambu dan Nadia yang serba mewah

"Tiada niat pun hendak sorok," demikianlah kata pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, yang tidak mempunyai sebarang niat tidak baik untuk menyembunyikan berita pertunangannya dengan model dikenali sebagai Nadia yang berlangsung pada Ahad lalu.

Ini kerana menurut Tauke, dia sebaliknya enggan menwar-warkan perkara itu kerana ia bersifat peribadi dan hanya diadakan secara kecil-kecilan.

"Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerjaya.

"Memang saya tidak war-warkan kepada umum kerana bimbang ia tidak jadi selain majlis berkenaan diadakan dengan keluarga terdekat sahaja," ujar tauke dipetik sebagai berkata.

Tambah Tauke, majlis berkenaan berlangsung di kampung halaman tunangnya di Dungun, Terengganu.

Pada majlis berkenaan, Tauke turut memberi tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin manakala dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Dalam pada itu, Tauke berkata, mengikut perancangan dia dan Nadia bakal disatukan sebagai suami-isteri pada Disember tahun hadapan.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan pada majlis pertunangan itu namun berharap dapat disatukan segera dengan wanita berkenaan.

"Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. Insya-Allah jika sudah ada tarikh saya akan beritahu," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai keistimewaan Nadia, Tauke berkata, dia sudah mengenali tunangnya itu selama empat tahun dan sudah tiba masanya mereka berkahwin.

Jelas Tauke, selain sikap penyabar, Nadia sangat memahami kerjayanya sebagai artis membuatkan dia selesa bersama wanita itu.

"Sepanjang empat tahun berkenalan kami mengenali personaliti masing-masing dan pada saya dia memahami saya daripada pelbagai segi.

"Insya-Allah dia adalah jodoh saya dan berharap dapat disatukan dengannya sebagai peneman hidup sehingga akhir hayat," katanya.

Sumber: Myartis











9 Foto sekitar majlis pertunangan Tauke Jambu dan Nadia yang serba mewah originally from Dalam Kasih

9 Foto sekitar majlis pertunangan Tauke Jambu dan Nadia yang serba mewah Reviewed by malaysiaisme on 9:05 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.