Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Shahrizal Jaszle akhirnya dedah kejadian sebenar isu khalwat

"Saya yakin apa yang berlaku adalah rancangannya," kata Shahrizal Jaszle, 27, yang mendakwa kejadian dia ditangkap khalwat dengan Farah Nurizzati Salleh, 25, pada 16 Mei 2013 merupakan perangkap wanita itu sendiri.

Menurut Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle, wanita berkenaan berbuat demikian kerana cuba memutuskan hubungannya dengan bekas tunang ketika itu Redwani Puteri.

"Saya mengenali Farah tiga minggu sebelum ditangkap khalwat. Dia merupakan penjaga pakaian produksi untuk drama lakonan saya.

"Pada 15 Mei 2013 selepas pulang daripada penggambaran saya berada di rumah kira-kira pukul 11 malam dan kemudian dihubungi oleh Farah meminta saya datang ke rumahnya untuk memilih baju yang perlu dipakai esok, ketika itu dia mahu ambil saya di rumah untuk ke rumahnya.

"Selepas memilih baju, dia kemudian menyuruh saya ke biliknya untuk berehat dan selepas itu saya terlelap di katilnya sehingga pada pukul 3.50 pagi iaitu pada 16 Mei 2013 sehingga saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik dan saya sedar Farah membuka lampu dan pintu,"
ujarnya dipetik sebagai berkata.


Shahrizal memberi keterangan tersebut dihadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah pada hari ini.

Shahrizal berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan oleh peguam syarie Muhammad Hafiz Ab Rashid.

Selain Muhammad Hafiz, dia turut diwakili peguam peguam syarie, Asyraf A. Ranee.

Pendakwaan dilakukan oleh pendakwa syarie, Fairus Jaafar.

Sementara itu ketika menjawab soalan apakah membuatkan dia berasa terdapat elemen rancangan yang diatur oleh wanita tersebut, jawab Shahrizal ia adalah menerusi perkataan pertama wanita itu sebelum membuka pintu.

"Ketika dia (Farah Nurizzati) ingin membuka pintu bilik dan melihat siapa yang ketuk, dia awal-awal memberitahu dia risaukan kerjaya saya.

"Dari situ saya sudah syak bahawa ia adalah satu perangkap dan ketika saya menyerahkan kad pengenalan kepada anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya ada bertanya kepada mereka siapa yang membuat laporan dan pukul berapa laporan dilakukan.

"Anggota Jais memberitahu laporan dibuat pada pukul 11 malam dan dilakukan oleh orang dalam rumah tersebut, walhal ketika pukul 11 malam saya masih berada di rumah saya,"
jelasnya.


Sementara itu, Shahrizal turut memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai bukti kukuh berkaitan kejadian tersebut yang disifatkannya sebagai suatu perangkap.

Kes berkenaan bersambung pada 23 Februari 2016.

Menurut fakta kes dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Bagaimanapun, pada sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000.

Shahrizal pernah bertunang dengan Redwani Puteri pada 8 Disember 2012, namun putus pada sekitar Jun 2013.

Pada 1 Mei lalu, Shahrizal telah berkahwin dalam diam dengan Hanis Husna Mohamad Nadzree.

Sumber: Myartis


Shahrizal Jaszle akhirnya dedah kejadian sebenar isu khalwat originally from Dalam Kasih

Shahrizal Jaszle akhirnya dedah kejadian sebenar isu khalwat Reviewed by malaysiaisme on 9:38 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.