Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Hakim tambah hukuman penjara sebab malas

Hakim tambah hukuman penjara sebab malas

Hakim tambah hukuman penjara sebab malas

KUALA LUMPUR - Sikap malas pasangan suami isteri dengan meneruskan gaya hidup menyamun sebanyak dua kali menyebabkan Hakim Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tambahan 10 tahun ke atas mereka, hari ini.

Nasaruddin Naser, 35, dan Fatin Nadia Abdullah, 20, kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun setelah dijatuhi hukuman atas kesalahan menyamun dalam kes pertama mereka dahulu.

Nasaruddin dipenjarakan di Penjara Kajang pada 27 November, manakala Fatin Nadia ditempatkan di Penjara Sungai Buloh pada 12 Disember lepas.

Bagi kes kedua mereka, Hakim Amernudin Ahmad, sebelum menjatuhkan hukuman penjara tambahan 10 tahun itu, berkata: "Kamu boleh merempat di  negara kamu sendiri, sebab apa? Sebab kamu malas."

Amernudin berkata perbuatan samun itu tidak sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua tertuduh walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pasangan suami isteri itu yang tidak bekerja didakwa telah melakukan rompakan terhadap seorang juruwang warganegara Nepal, Subas Waiba dengan
mengambil wang sebanyak RM132.70 dan pelbagai jenis kotak rokok di 7 Eleven, Jalan 5/38D Taman Sri Sinar, Segambut, pada pukul 11.50 malam, 28 April lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mahkamah turut mengenakan hukuman tiga kali sebatan terhadap Nasaruddin dan memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman penjara serentak dengan hukuman terdahulu.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian Nasaruddin telah mengacukan pisau terhadap mangsa dan mengarahkan mangsa memberikan semua wang di dalam peti tunai, manakala isterinya pula mengambil kotak rokok yang berada di belakang peti tunai sebelum mereka melarikan diri.

Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, kedua-dua tertuduh, yang mempunyai seorang anak memohon hukuman berjalan serentak memandangkan mereka sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala pasangan itu tidak diwakili peguam. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaHakim tambah hukuman penjara sebab malas Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Hakim tambah hukuman penjara sebab malas Reviewed by malaysiaisme on 7:33 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.