Hat-hati dengan cubaan pecahbelahkan Pas
Hat-hati dengan cubaan pecahbelahkan Pas
KUALA LUMPUR, 23 Disember:
Ahli Pas digesa berhati-hati terhadap usaha cubaan memecahbelahkan parti Islam itu.
Naib Presidennya, Datuk Iskandar A Samad, berkata perkembangan baru dalam senario politik negara membentuk perpecahan dalam parti.
Beliau berkata, Presiden Pas hanya menghadiri Multaqa Alcazar, tetapi ada pihak yang menjadikannya seolah-olah mereka sudah pun berada `sekapal’ dengan Umno.
“Mereka menjadikannya dilihat seolah-olah kami sudah bersama Umno dan kami mahu menubuhkan kerajaan perpaduan bersama mereka.
“Pemimpin Umno menjadikannya kelihatan seperti mereka sudah cuba mencadangkan kepada Pas,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, media yang menjadi musuh Pas selama ini menjadikannya sebagai isu utama mereka.
“Mereka membuatkannya kelihatan seperti kedua-dua parti ketika ini sedang membuat pelbagai rancangan.
“Mereka mendakwa ada dua kumpuan, satu yang mengokong kerjasama dengan Umno dan satu lagi yang menentang.
“Ini yang diperkatakan supaya ahli Pas bergaduh sesama sendiri.”
Sehubungan itu, beliau menggesa ahli Pas supaya berhati-hati dengan taktik berkenaan.
“Hati-hati dengan tindakan politik oleh Umno kerana mungkin ada motif tersembunyi di sebaliknya.” TRPost
rePublish Berita Terkini MalaysiaHat-hati dengan cubaan pecahbelahkan Pas Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Hat-hati dengan cubaan pecahbelahkan Pas
Reviewed by malaysiaisme
on
9:48 PM
Rating:
No comments: