Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Lelaki disaman RM 4 Juta Kerana Didakwa Makan Kawan!

Lelaki disaman RM 4 Juta Kerana Didakwa Makan Kawan!

Lelaki disaman RM 4 Juta Kerana Didakwa Makan Kawan!


Disaman RM 4 Juta Kerana Didakwa Makan Rakan Sekapal Untuk Hidup Semasa Sesat 483 Hari

Seorang lelaki warga El Salvador disaman AS1 juta (RM4 Juta) kerana didakwa memakan rakan sekapalnya dalam usaha untuk meneruskan hidup ketika sesat selama setahun di lautan.

Lelaki tersebut, Salvador Alvarenga telah mengupah Ezequiel Cordoba untuk menemaninya memancing di pesisir pantai Mexico pada musim luruh 2012.

Namun, bot kecil yang dinaiki oleh mereka dipukul oleh ombak besar ketika ribut berlaku menyebabkan kesemua peralatan komunikasi dan bekalan makanan hilang, kata Alvarenga.


Alvarenga berkata, rakannya meninggal dunia selepas beberapa bulan di lautan kerana menjadi lemah setelah memakan seekor burung.

Alvarenga menegaskan bahawa, selepas rakannya itu meninggal, dia mencampak mayatnya ke sisi bot.

Alvarenga berkata ketika sesat di lautan, dia hidup dengan meminum darah penyu, air kencing sendiri dan memakan mana-mana burugn atau ikan yang sempat ditangkapnya.

Namun, keluarga Cordoba tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh Alvarenga dan menuntut bayaran sebanyak US$1 juta dengan mendakwa Alvarenga memakan Cordoba.

Menurut peguam yang mewakili Alvarenga, besar kemungkinan Cordoba menyaman anak guamnya kerana anak guamnya itu baru-baru ini meraih keuntungan melalui buku 483 Days karya Jonathan Franlin yang mengabadikan pengalaman hidup Alvarenga ketika sesat di lautan.

Alvarenga telah diselamatkan pada tahun lalu ketika dia tiba di Kepulauan Marshalls kira-kira 10,4600KM merentas Lautan Pasifik dari pesisir pantai Mexico, tempat dia memulakan perjalanan. - Siakapkeli.my

Titik perjalanan Alvarenga ketika sesat

Alvarenga ketika diselamatkan pada 30 Jan. 2014.

Bot yang digunakan



rePublish Update Berita MalaysiaLelaki disaman RM 4 Juta Kerana Didakwa Makan Kawan! Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik admin Yusra yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Lelaki disaman RM 4 Juta Kerana Didakwa Makan Kawan! Reviewed by malaysiaisme on 9:35 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.