Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

3 Foto warna rambut terbaru Indah Ruhaila yang semakin pelik

Sebelum ini beberapa artis yang mewarnakan rambut mereka mendapat kritikan yang hebat daripada netizen sehingga ada yang melabelkan mereka kafir. Namun, buat Indah Ruhaila yang baru sahaja mewarnakan rambutnya dengan warna blonde tidak kisah ataupun bimbang jika beliau juga menerima nasib yang sama.

Buat Indah, beliau tidak boleng menghalang ataupun mengawal setiap kata-kata negatif yang dilemparkan buat dirinya.

"Kalau ada yang mengecam, saya tidak kisah kerana mulut orang saya tidak boleh tutup tambahan pula dengan kepesatan teknologi hari ini, lagi sukar untuk dibendung.

Bukan sahaja perkara buruk malah benda baik yang dibuat pun tetap akan mendapat kritikan sehingga ia sudah menjadi satu kebiasaan. Saya tahu batas saya dan saya tanggung atas tindakan sendiri."

Indah membuat keputusan untuk tampil dengan imej baharu kerana tidak mahu peminatnya merasa bosan dengan gaya beliau. Walaubagaimanapun, Indah menjelaskan beliau satu hari akan menukar juga warna rambutnya itu.

"Sebagai artis saya kena peka terhadap penampilan dan imej kerana itu juga saya warnakan rambut agar tampak segar pada tahun ini. Sampai satu tahap nanti saya akan tukar juga warna rambut itu apabila sampai masanya nanti."

Tepuk dada tanya selera, masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza dalam isu sebegini. Hendak tampilkan sesuatu yang beza itu memang bagus, cuma janganlah ia mengundang aura negatif.






3 Foto warna rambut terbaru Indah Ruhaila yang semakin pelik originally from Dalam Kasih

3 Foto warna rambut terbaru Indah Ruhaila yang semakin pelik Reviewed by malaysiaisme on 9:36 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.